..: plan last minit :..


Amaran awal : episod panjang berjelaaaaaa dengan gambar dan bebelan. Harap maklum. Huhu...

Bila dah hujung hujung tahun ni biasalah kan. Ramai orang menghabiskan masa dengan bercuti. Ada yang memang dah plan awal ada jugak yang plan last minit. Haaaa yang last minit tu laki aku la tuh. Huhu...

Start daripada pertengahan bulan 10 sampai bulan ni memang dia sibuk sesaja. Sampai lah pertengahan bulan ni macam dah lega sikit. Tetiba dia ajak pegi bercuti pulak. Nak pergi tu hari Jumaat sampai Ahad (18 - 20 Disember), hari Rabu petang baruuuuu dia bagitahu aku. Nampak tak betapa last minit nye kat situ?? 

Aku buat tempahan hari Khamis pagi. Segala laman web aku bukak. Pening omakkk! Naseblah apa yang ada tu kan. Memula nak pergi Genting Highland. Penuh dan hotel pun tak banyak sangat. Cari pulak Cameron Highland dengan Bukit Tinggi. Lepas dah berpinar bijik mata semua, aku booking hotel kat Tanah Rata, Cameron Highland je. 

So hari Khamis malam tu kelam kelibut lah aku packing apa yang patut. Jumat tengahari rehat lama sikit, balik umah jugak buat lagi apa yang patut. Haha! Petang balik keje tinggal mandi pastu gerak je. Aku sampai rumah pun Hadi dah tunggu. Dalam kul 6.30 camtu kitorang gerak. Kul 9 lebih ke 10 camtu sampai Tanah Rata.

Agak horror la naik Cameron tu memalam. Walaupun masih awal lagi. Sebab ni first time untuk aku, memang rasa kering jugak lah darah nak tunggu sampai ke Tanah Rata tu. Dengan gelapnye, jalan sempit, bengkak bengkok, kiri kanan tebing. Lagi kalau bertembung dengan bas atau lori. Dah la lori yang turun dari atas tu lelaju dan bagak bagak saiznye. Huiiiii....! (-___-")

Bila dah nampak kawasan terang penuh bangunan, lega hati aku. Cari hotel, dah check in apa bagai teros landing. Gambar bilik semua tak sempat nak snap pun. Haha... Bila dah pergi Brinchang, aku rasa nasib baik jugak amik hotel kat Tanah Rata ni. Brinchang tu packed ya ampunnnn.. Pastu kalau ambik hotel lawa sangat nanti sayang plak nak tinggal bilik. So kira ok la ambik bilik yang memang untuk mandi, tido, solat, rehat semua tu. Walaupun macam kecik tapi katil besar, cukup la bilik untuk kitorang berdua. Siap dengan sarapan jugak. 


Siap! Ni hari Sabtu. Tapi Hadi tak pakai baju tu pun sudahnye. Dia kata macam formal sangat plak. Dia tukar pakai tshirt je. Lagipun cuaca tak sejuk sangat. Cuma berangin je. Huhu...


Kat sini kitorang takde plan ape sangat. Dah kata pun last minit kan. Sampai Cameron baru gugel ape yang best, aktiviti yang boleh dibuat, tempat mana nak pergi. Takde ambik pakej ape ape, ikut timing sendiri je. So senang lah tak kelam kabut sangat. Mana rasa nak pergi kitorang pergi je.

Memula pergi Bharat Tea sebab tengok kereta banyak parking tepi jalan. Hadi kata mesti tempat best ni. So kitorang pun pergi jugaklah. Hahaha...






Nampak tak ada air terjun kat situ? Cantek air terjun tu. Kitorang ambik gambar ni sebab nak tengok air terjun tu je. 




Ini kitorang just order untuk merasa. Hadi kata nak makan aiskrim. Aku orderkan brownies tu. Aku yang jakun ni ambik scone sebab nak rasa jugak camne scone tu. Air aku order teh cameron je satu. Kongsi je lah sebab aku tahu nanti aku minum bukan habis pun. Brownies tu memang sedap. Scone tu eh, takpelah. Huhu... 

Habis makan kitorang nak berjalan turun bawah pergi ladang teh ni.  Aku nasihatkan kalau rasa tak larat nak jalan, tak payahlan turun sampai bawah sangat. Sebab nak naik balik nanti berbukit. Masa tu baru rasa menyesal sebab turun jauh sangat sampai ke bawah. Aku macam nak pergi kat air terjun tu. Tapi menyedari keadaan diri sendiri, tak jadi lah. Separuh jalan je. Hehe...





Menghirup udara segara katenyeeeee... Hamboi sangat! 




Ini adalah akibat dari naik bukit tu. Melepaskan lelah, duduk jap kat tembok ni. Berpeluh la jugak. Kitorang yang cuma separuh jalan ni je pun dah mengah macam hape. Yang sampai bawah tu taktau lah. Tapi kot la stamina diorang yang lain tu banyak kan. Rilek je naik bukit tak rasa pape.

Lepas tu ade la pergi jenjalan sikit. Beli teh perisa strawberi untuk dedua mak dengan perisa lemon untuk rumah sendiri. Pastu beli tshirt dengan fridge magnet. Sambung lagi jalan. 

Lepas benti Zuhur, plan nak naik atas lagi. Tapi jalan jem plak. Ada eksiden rasanya kot sebab nampak ada keta polis. Sebab tak sanggup nak tempuh jem, Hadi terus pusing keta, parking kat depan Time Tunnel Museum. Memang barang yang betul betul lama ada dalam ni. Masuk muzium ni RM5 je sorang dewasa.


















Nampak tak kemalasan nak letak caption tu? Haha! Memang banyaklah barang lama dalam ni. Tin milo daripada zaman tok kadok, telefon lama yang pusing kalau nak dail tu, basikal, piano, kedai gunting rambut, macam macam lagi. Semua barang lama. 


Gambar yang atas ni kitorang guna self-timer je. Kat atas meja tu ada sempoa dengan rotan. Memula nak setting macam Hadi tengah ajar aku. Tapi Hadi suruh aku pusing kat meja lagi satu tu. Tengah nak setting position tu kamera dah snap. Bila tengok balik macam jadi plak gambar ni. Hehehee....

Dah habis pusing dalam muzium, perjalanan diteruskan lagi ke Cactus Valley pulak. Bayaran  masuk RM5 jugak. Dalam ni banyaakkk spesis kaktus. Tapi bukan kaktus je, bunga lain pun banyak jugak. Berwarna warni. 



















Eceh! ;p



Macam macam paten pokok kaktus kat sini. Meremang tengok duri dia tu. Huhuu...

Mengah jugak dalam ni sebab kena panjat tangga. Makin lama makin tinggi. Tangga pulak tu jenis tangga bata yang kecik kecik tu. Semput nak habiskan tawaf dalam ni. Tapi aku rasa kitorang tak habis pusing pun. Lagipun tengok bendanye same je kan, kaktus je. 

Masa kat sini pun dah petang. Kitorang memang bajet dalam petang petang nak ke malam tu nak pergi pasar kat Brinchang tu ha. Sebelum tu, daripada tempat kaktus ni boleh tembus sampai ke tempat makan. Bukan makan berat pun, ringan ringan je. Tapi semua berunsurkan stroberi. Sundae, ice cream, yogurt, semua pun perisa stroberi. Aiskrim malaysia pun perisa stroberi. Kitorang lepak kejap sebab haus pastu penat. Order pun cuma fries dengan sundae je. Habis makan baru sambung perjalanan pergi pasar malam Brinchang. Tapi takde ambik gambar masa kat pasar tu.

Beli makanan je bawak masuk bilik. Beli chicken chop, kuetiaw goreng, jagung rebus, udang goreng tepung, air milo. Malam tu lepak bilik je. Makan sambil tengok tv. Dalam kul 1 pagi camtu kitorang nak kuar ngeteh. Hamek koooo! Sejuk kemain lagi. Menggigil aku padahal dah pakai kardigan dah. Ngeteh kat kedai bawah hotel je. Order air panas pun cepat je sejuk airnya. Huhu...

Esoknya Ahad tu, sebelum balik kitorang naik atas lagi. Pergi S Corner nak beli sayur dengan stroberi. Sebab Hadi nak makan stroberi yang betul betul rasa stroberi. Pastu dia nak tahu apa yang orang suka sangat makan stroberi ni. Kitorang beli sayur 8 bungkus RM10. Stroberi beli 2 bekas. 1 untuk makan dalam kereta. 1 untuk bawak balik rumah.




Besar stroberi dia. Puas hati dapat saiz besar camni. Sebekas RM20. Beli dua bekas dia bagi RM30. Dapat jugak makan stroberi yang manis. Memang fresh rasa stroberi ni. Puas hati lah si Hadi dapat jugak makan stroberi yang macam dia nak.

Masa ondaway turun tu tetiba nampak ada banyak kenderaan parking kat tepi jalan tu. Tengok tengok rupanya ada air terjun. Kitorang yang kepochi dan jakun ni pun ape lagi kan, benti jugaklah kat air terjun tu. Nak jugak tengok apa yang best sangat tu. Hehee...


Hutan Lipur Lata Iskandar. Cantek air terjun dia. Tapi tak boleh mandi pun kat sini. Orang benti untuk ambik gambar pastu main air guna kaki je. Kalau ade yang mandi pun bebudak je la, kat bawah bawah tu je. 








Sejukkkkkk air dia. Best! Pastu kuat dan deras gila. Batu batu kat tepi tu nampak je macam kering. Tapi aku tengok ade sorang mamat tu, dia nak pergi kat tempat air terjun tu ha. Dia dah macam nak jatuh aku tengok. Patutla diorang tak bagi mandi kat sini. Kira bahaya jugak la. 

Okeh dah ambik ambik gambar, main main air. Marilah kita teruskan perjalanan balik ke rumah. 


Separuh jalan nak masuk KL, tukar drive dengan Hadi. Sampai Putrajaya, kitorang sambung tengok wayang cite Star Wars kat Alamanda. Habis wayang pun dah malam, balik rumah memang penat gile rasa. Setelkan apa patut pastu kita tidooooo!

Sekian cerita cuti last minit kami. Panjang betul aku rasa nak habiskan episod ni. Ni pun mane yang aku ingat je la. Kalau ada yang tertinggal tu takpelah kot. Haha... 

Kalau ada cerita lagi nanti aku tepek lagi lah ye. Hehe...


Daa... =)

Comments

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..