..: takziah :..

Aku baru sampai opis balik. Tadi pagi masuk opis tak lama lepas tu gerak ke Jerantut. Menziarahi keluarga sahabat yang juga OP majlis perkahwinanku yang kehilangan ayahanda tersayang malam tadi.

Aku sempat melawat arwah semasa ditahan di Hospital Melaka. Dan aku pergi lagi ziarah hari ini atas arahan bos untuk mewakilkan unit aku. Tapi aku pergi lebih sebagai kawan yang memberikan sokongan.

Sahabat aku ni macam biasa. Berborak, melawak.. Dia memang tak tunjuk kesenduan dalam hati. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui..

Untuk sahabatku, bersabarlah. Aku tahu ini dugaan paling hebat sebelum umat Islam menyambut Ramadhan yang tak sampai 3 minggu lagi. Kau kena kuat untuk keluarga kau dan untuk diri kau sendiri. Ambil masa untuk pulihkan semangat kau balik. Aku tahu bukan mudah. Tapi sebagai anak lelaki sulung, sekarang kau mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan untuk menjaga emak dan adik beradik kau yang lain. 

Aku doakan kesejahteraan untuk engkau sekeluarga. Dan semoga kekuatan itu sentiasa ada dalam diri kau, sahabatku

Tabah dan be strong.....

Daa..... (-_-)

Comments

  1. Takziah buat dirinya dan keluarga... Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. terima kasey citot sbb menghadirkan diri pd hari pengebumian arwah abah aku.. sri xdpt nk layan korg mse 2.. TERIMA KASEY bebenyk !!!

    ReplyDelete
  3. same2 am... takpe, kami faham masa tu ko sebok. banyak benda nak diuruskan. lagipun aku pegi sbg tanda hormat dan bg semangat sbg kwn. ni masa ko... aku ntah bile. jgn sedeh2 sgt k. be strong =)

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..