..: cerita dalam kepala :..


Bermula daripada kisah pilihanraya. Aku rasa semua pun ade perasaan ni kot. Kalau bukan yang jenis fanatik atau taksub sangat dengan parti pilihan memasing la. Bila on je fesbuk tu, naaaaahhhhh... Berderet post pasal politik. Meluat plak rasa. Ingatkan sebelum pilihanraya je macam tu. Berkempen la konon kan. Ni dah abes pilihanraya pun masih adeeeee lagi. Tak sudah sudah lg??? Hmmmmppphhhhh...! (-_-")
Takpe laaaa... Raya kan sebulan... Bagi la can ye dak? Hahah!

Bulan 5 ni penuh dengan tarikh tarikh penting dalam keluarga aku. 8hb, harijadi si panjang tu. 13hb, harijadi kakak sulung. 30hb nanti harijadi anak sedara aku, sekali dengan anniversary kak N & abg Nizam. Masa kak N bersanding dulu, masa tu jugak la akak aku yang sulung tu sakit nak bersalinkan anak dia yang kedua ni. Huhu... Selain tarikh tarikh ni, bulan 5 ni pun ada sambutan Hari Ibu [ahad minggu kedua iaitu 12hb] dan Hari Guru 16hb nanti.

Sambutan kami? Takde ape pun. Cuma harijadi Uri tu je sambut bese bese kat umah aku. Tu pun cuma aku, Uri, Akim dengan anak angkat mak nora je. Hari Ibu pun cuma anta sms ucapan dan mendoakan yang baik baik untuk mak nora =)

Jumaat lepas aku rasa korang tau kot pasal perhimpunan blackout kat Putrajaya ni. Tak pasal pasal je jalan jem nak masuk ke bangunan Kompleks C tu. Jalan kat bulatan besar yang ade 5 lane tu pun bole jem. Hmmm.... Ape ape aje laaa... (-_-")

Sabtu plak aku ade temuduga kat SPA. Start hari Jumaat tu nak  masuk ke Kompleks C memang agak ketat sikit la kawalan. Sebab bangunan SPR dalam Kompleks C ni. Jadinye Sabtu tu pun same la. Kena berhenti kat pos pengawal dan tunjuk pas keje. Selesai urusan kat SPA, balik umah tengahari tu sampai ke malam kepala aku sakit gila! Taktau la mungkin sebab cuaca yang panas sesangat kot. Huhu..

Ahad semalam adalah hari yang penat. Sebab cuaca jugak aku rasa..
Aku ikut Uri dengan Imm ke Nilai 3 mencari kain pasang untuk baju nikah dengan baju pengapit diorang. Sambil sambil aku cari shawl untuk diri sendiri. Heheh ;p
Panas memang tak hengatttttt...! Meleleh peluh. Dah macam  mandi dah ha.. Lagi lagi kat belakang badan. Perghhhhh!! Sabo yo laaahhhh... (-____-")

Setel kain, petang cket ke Mines pulak kami. Cari barang lain pulak. Balik dari Mines ni pun kepala macam dah lain je rasa. Tapi still bole tahankan lagi. Sampai umah pun dah maghrib. Tak lama lepas tu, dapat call dari Abg Nizam mintak tolong anta dia balik Cheras sebab kunci kereta dia tertinggal kat Kluang. Hmm... Yang ni aku malas nak cite dah. Sebab taip ni je pun dah penat. Hahahahaa siot tak? ;p


Ape daaa.. Kata cerita dalam kepala. Ni dah macam cerita caca merba tak tentu hala je. Hahahaaa


Daa.... =)  *tetiba dah abes???! pffftttt....!!*

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..