..: selepas seminggu :..


Jumaat lepas last hapdet. Sampai Jumaat ni baru ade hapdet lagi. Cukup lah seminggu kan? Hahahaaa... ;p

Cerita weekend lepas nanti nanti kita cite. Ni kita godeh dulu tengok apa lagi yang ada dalam folder gambar ni. So mari kita satukan je semua sekali. Dasar pemaleh sangat kennnnn.....!

Bertemu ex-housemate.
Dulu dia duduk serumah dengan aku. Sekarang dia dah kerja kat Media Prima sana. Tapi bila ada masa memang akan cari masa untuk ngedate dan cerita hapdet tentang diri memasing. Kali ni tak amik gambar orang. Amik gambar makanan je. Hahaha!

Lepak kat Nasi Ayam Penyet AP Alamanda je. Sebab memang terus jumpa kat sana. Malas dah nak kuar balik. Kawan aku plak tengah lapar. So kesana lah kita.



Aku makan ni je. Ringan ringan lah konon nyeee... Kawan aku je yang makan nasi. Tapi nasi ayam penyet kat sini kureng sikit lah. Baik pegi yang Wong Solo kat Bangi tu. 






Sebab lain berjumpa adalah nak amik ini. Cadbury pretzels. Sedap hoihhhh....! Dia kecik kecik comel so memang senang lah nak campak campak masuk mulut. Tau tau abessss...  Kawan aku ni memang rajin buat benda benda gini. Klw korang nak order bole call nombor yang ada kat situ. Cik Maryam tu tokeh dia. Buat masa ni cuma COD saje. Tapi ape ape semua korang tanya dia lah yeh.


Bola jaring.
Aku ni sebenarnya belum berapa nak sihat sangat. Kaki aku belum baik sepenuhnya. Ok tu ok la tapi aku tak bole renyah. Drive pun tak bole jejauh lagi. Klw dekat dekat tapi jem ke drive lama ke pun tak boleh jugak. Nanti kakinye mula la lenguh lenguh ke sengal sengal ke. Very orang tua lah sikalang. Haiyaaa.... (-__-")

Tapi dalam pada belum baik betul tu pun dah rasa gatal je nak main bola jaring. Haha! Niat memula tu nak datang bagi sokongan je. Bila dah nampak aku bertuah la diorang nak bagi duduk tepi je kan. Main lah jugak tapi tak lama pun. Bila dah hujung hujung nak abes tu mak dah tak bole nokk...! Nak lompat pun dah tak mampu. Huhu..



Gambar sebelum start game. Tengok betapa giant nye aku di situuuu... Hahaaa! Gambar ni pun kawan aku wasap. Kalau tak memang takdo lahhh...



Ni aku dah duduk di tepian saje. Tu kaki aku lah tu yang nampak hujung kasut tu ha. Duduk berlunjur. Luruskan lutut katenyeeee (-_-')

Kalau ikutkan hati nak main futsal pulak weekend nye tu. Tapi kena sedar diri lah kan. Pastu mem pun dah bising. Aku pun sebenarnya tau dah yang aku memang tak bole lari kalau main pun... So baik tak payah.


Anak daraku si Raisha bam bam.
Memang dah anak dara sangat rasa tau. Petah tu tak payah cakap la. Ade je mulut tu nak berbunyi kan. Skang ni dah muslimah sikit. Pakai tudung. Hehee...



Memula pakai tudung ibu. Labuh dan besar. 


Haaa ni baru tudung dia. Ngam! Dah macam nak pegi ngaji pun ade jugak aku tengok. Heheee... 



Tshirt Mak Nora belikan dari Terengganu. Aku bagi petang tu, time tu jugak dia nak pakai. Nasib baik muat elok je. Kat perut tu mahal okayyyyy.... ;p


Okeh itu je dulu pengumpulan cerita buat masa ni. Nanti aku godeh lagi gambar ape yang ada. Kehkehkeh...


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..