Friday, December 6, 2013

..: untuk kawanku :..


Aku cuma mengharapkan this time, it is for real. Sebab aku dah pernah bercakap sendiri dengan chenta hati kau tu. Jangan main mainkan kau. Aku sampai mintak tolong, pesan sungguh sungguh dengan dia. Tapi end up aku tengok... Hmpphhhh!! (-_-")

Bila dapat tau berita pasal korang ni, memang aku tak berapa berkenan secara peribadinya. Tapi ini kehidupan kau. Hak kau. Sebagai orang luar aku cuma boleh perhati dan pendam je lah ape pun yang aku rasa. 

TAPI sebagai kawan, aku nak tengok kawan aku bahagia, gembira, dihargai. Aku memang berharap sangat kali ni, betul betul punya. Takde lagi itu ini ape benda mengarut semua. Kang tetiba tengok status kat fesbuk yang bukan bukan lagi. Gambar yang bukan bukan lagi. Takmo dah.

Aku pun taknak kau asyik lahhh dengan jiwa kacau kau tu. Pilihan kau betul atau tidak, bukan aku yang tentukan. Aku takde hak untuk menghukum dan menentukan. Pilihan kau. Sebagai kawan, aku doakan yang terbaik dan akan support kau. Aku harap korang bahagia, dan dia dapat jaga kau betul betul. Setia dengan kau. Aku harap sangat ni.

Semoga semua yang dirancang akan terlaksana, dipermudahkan semua urusan, berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Aaminn... 


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)