.. Terengganu :..


Family Trip untuk penghujung tahun 2013. 15-17hb November hari tu. Ini pun memula macam ye tak ye je. Macam nak pegi taknak pegi camtu. Last last pegi jugak. Tapi Kak Iza n family dgn Akim tak join.

15hb, Jumaat. Kami gerak malam dalam pukul 9 lebih camtu. Sampai Ganu dah Subuh. Terus solat kat Masjid Terapung. Lepas solat kami cari port untuk makan sarapan yang dah siap siap dimasak oleh makcik makcik aku. Dah selesai semua amik amik gambar plak. sementara nak tunggu masa untuk check in ke Homestay kami.








Dah masuk Homestay, kita bagi pilot dgn co-pilot sume charging dulu. Tido puas puas. Siang sikit kita pegi jalan jalan okeh. Hehehee...
Terengganu ni apa lagi kan, Pasar Payang lah kita. Abah aku mencari songket Terengganu asli kat sini. Untuk bakal pengantin kot! Hehe...


Ni bakal pengantin yang menyibuk posing kat situ. Huh! Aku nak amik gambar kain kain batik kat belakang tu. Nak tunjuk kat kawan aku. Jap lagi mamat ni bole pulak posing kat situ. Haishhhh....! (-_-)




Tak cukup dalam Pasar Payang, luar pasar pun kami cari kain lagi. Hehehee... Masa ni mencari kain untuk majlis pihak lelaki. 

Dah tak larat nak jalan sampai rasa nak seret je kaki, kita pun pulang lah ke pangkal jalan.. Hehee.. Balik homestay. Malam tu kami ada urusan sikit. Sebenarnya pegi Ganu pun sebabkan itu la, tapi dah terlanjur tu kami jalan jalan la skali ye dok? ;)




Selesai urusan tu pun dah lewat malam. Kami pegi mencari makanan pulak. Ni saje nak try nasi goreng kampung Terengganu dengan neskepi tarik. Sedap! =)

Ahad besoknye tu, kami pegi lagi Pasar Payang. Hahahaaa kegilaan apakah?! Tak puas okeh jalan semalam tu. Abah mencari lagi kain songket. Huhu...
Banyak jugak hasil kat sini. Kain batik, kain pelikat, sampin songket, maxi batik, kain meter untuk baju melayu lelaki, kain meter songket untuk baju pompuan, seluar batik, tshirt, dodol, kacang gajus, kerepek sagu, keropok lekor losong, keropok kering, hmm... ape lg ek. Tu je kot. Penuh bonet. Huhuu...

Gambar banyak dalam ipad Abg Nizam dengan kamera godang. Dah masuk dalam Instagram  dan fesbuk pun ada jugak. Tapi aku malas nak amik masuk sini. Gambar ni semua yang dalam henpon aku je. Nampak tak betapa tak ikhlasnya aku buat episod sekarang ni? Hahahahh ;p

Maaf la yeh. Mood sekarang suka baca blog orang je. Sendiri punye terabai. Padahal cerita kemain lagi banyak. Amik gmbar pun beriye. Sudahnye buat penuh folder je. Huhu...

Ape la yang aku merepekkan petang petang Jumaat ni kan ek. Mesti korang pun boring je baca. Takpe, meh aku tambah lagi merepek aku ni.


Haaaa... Nampak tak dia punya semangat usung kamera godang tu? Hahahaaa... Ni handbeg aku masa kat Terengganu. Tengok lah apa ada dalam tu. Segala macam mak nenek sampah sarap ada. Rokok tu Uri punya, wallet pun. Beg ni dah jadi kegunaan bersama dah. Sampaikan nak cari henpon sendiri pun dah teraba raba macam hape. Hahahaaa...

Itu dulu episod tak ikhlas dari aku. Hujung minggu ni mesti meriah. Sebab mak abah nak datang. Dalam kepala dah terpikir pikir gak menu ape nak makan nnti. Weeehoooo!~ 

Harapnya minggu depan aku lebih ikhlas untuk buat episod baru. Hehehee... Selamat berhujung minggu! Bai.


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..