..: pandangan peribadi :..


AMARAN!!
-Episod panjaaaaannnnngggg lebar tanpa gambar.
-Mungkin menyinggung perasaan. Mungkin menimbulkan rasa kurang senang. Aku mintak maaf dulu. Huhu...
-Aku rasa macam ayat poyo poyo dan skema cket dalam episod nih. Heheheee ;p


Pemakluman yang agak panjang. Dan episod yang agak panjang jugak. Huhuu....~


******************************************

Episod ini dah lama duduk dalam draft. Takut nak publish. Huhu... Ia adalah berkenaan pandangan aku terhadap blogger yang dah established di Malaysia ini. Dah ramai follower dan popular. Aku hanya ingin berkongsi pandangan peribadi aku terhadap mereka. Walau bersifat peribadi, saja aku ingin kongsikan di sini. Sebab itulah pun kenapa aku berblog. Aku nak kongsi perasaan kat mane lagi kan selain kawan kawan dan kluaga. Lagipun tak ramai [mungkin] yang baca blog aku ni. Jadi itu pun membuatkan aku tak brp risau sangat. Hehee... Kalau kalian ada pandangan jugak, kita kongsi sama sama okeh. Niat aku baik, bukan nak mengaibkan atau menceritakan keburukan orang. Tiada niat untuk menyinggung atau mengecilkan hati. Kalau ada yang tak suka, atau tuan punya badan ada singgah membaca, aku minta maaf banyak banyak andai ada terkasar bahasa, andai apa yang aku kongsi di sini adalah cerita tidak betul dan menimbulkan rasa kurang senang. Minta maaf banyak banyak =)

******************************************

Cerita 1:
Aku taktau macamana aku boleh terbaca blog beliau ni. Mungkin sebab dari blog orang lain yang ade link kan blog dia kot. Tapi start aku baca dari dulu tu, sampai la sekarang ni aku pun dah jadi follower dia. Heheh...

Dulu aku adalah pemandang serong *Haaaa?? Ayat apakahhh??* kepada perempuan yang merokok. Memang aku tak boleh lah duduk setable dengan pompuan yang jenis macam ni. Tapi, lepas aku baca blog dia, dia telah mengubah persepsi aku. Takde apa pun yang dia buat sampai boleh mengubah pandangan aku ni. Dia cuma menjalani hidup seperti biasa. Dia menulis dalam blog pasal aktiviti dia dan perkara perkara biasa yang dia buat. Biasanya dia kemana mana dengan adik dia. Atau mak dia. Atau cerita dia lepak dengan kawan kawan baik dia. 

Aku tak berapa ingat sangat la cerita dia semua tu kan. Tapi aku tau la kisah dia putus cinta sebelum dia sambung semula dan dah berkahwin pun sekarang ni =)

Aku cuma nak kongsi pasal macamana dia ubah persepsi aku tu. Ok, dia ni adalah original orang KL. So pada aku cara hidup dia kira biasalah untuk orang KL. Tapi apa yang penting, walau tak kenal dia rapat, tak pernah jumpa dia, aku dapat rasakan dan aku tau hati dia baik. Dia ikhlas, jujur, telus, semualah. Aku suka baca pasal dia rapat dengan adik dia. Sebab aku dengan Kak N pun rapat macam tu. Dan aku paham apa perasaan adik dia bila kakak dia ni nak kawen. Sebab aku pun pernah rasa macam tu. Huhu.... ;)

Aku taknak cakap pasal benda benda yang menyentuh sensitiviti, sebab aku pun sedar diri sendiri tak sempurna mana. Cuma aku hormat dia sebab dia ikhlas. Aku dapat rasakan ikhlas dia tu. Dia jenis yang tak kacau orang. Dia hidup dalam dunia dia. Tapi biasalah... Ada saje yang dengki, iri hati, dan macam macam lagi. Walaupun dia macam sosial and tak kisah, tapi dia sangat berjaga jaga dan paranoid orangnye. Kadang kadang dia boleh tahan sengal jugak lah. Hahaa sesuka hati je nak sengalkan orang kan ;p  Ada masa aku gelak sendiri bila baca entri dia. 

Sekarang ni bila dia dah kawen, aku nampak sikit perubahan dari segi cara dia berpakaian. Kalau dulu masa dia bujang, dia pegi bercuti dia pakai suar pendek je. Dengan sleeveless top. Tapi sekarang dia pakai harem pants. Kiranye nampak la perubahan kat situ kan =)

Dia penah ada kes mahkamah sebelum ni, dan dengan kuasa Allah, kemenangan berpihak pada dia. See, mungkin ada yang cakap dia macam macam tapi kita taktau pandangan Allah tentang dia. Kita pun taktau kita ni pada kedudukan mana di sisi Allah, kan? =)

Dia berniaga jugak. Dan tengok dia ikhlas je... Walau aku tak membeli dari dia, tapi daripada cerita dia kat blog, aku rasa mmg dia ikhlas je. Kita ni kan, kadang tu bila orang yang memang betul ikhlas kita bole je rasa keikhlasan dia kan. 

Aku pernah berdialog dengan Kak N, dan akak aku yang sulong, Kak Iza. Aku tanye, 

*soalan ni rawak je. aku tau bab bab solat ni sensitip. aku bukan maksudkan dia atau sape sape. ini untuk aku jugak*

"Kalau orang tu tak solat, atau mungkin solat dia lubang lubang la.. tak tutup aurat, sosial, kuar sana sini, tapi dia baik hati. Dia memang takde perasaan dengki atau ape ape yang buruk dalam hati dia. Pastu dia ikhlas. Camne eh...?"

Kakak aku jawab [kedua duanya. aku rumuskan lebeh kurang mcm ni la jawapan diorang],

"Sebab tu la... Kita ni nak masuk syurga tu dengan banyak cara. Kita taktau, kita tak bole nak cakap. Kita tak bole hukum orang. Sebab kita bukan Tuhan. Mungkin dia tak solat, tapi untuk lain lain perkara, Allah nilai dia lain. Tu antara dia dengan Allah. Kita ni pun belum tentu lagi kat mane kedudukan kita. Tak semestinya orang yang permulaan dia jahat akan berakhir dgn jahat. Dan orang yang baik tu akan berakhir dgn baik. Ada orang tu, bila dia pakai tutup aurat, dia solat, dia dah rasa macam dia dah bagus. TImbul perasaan riak. Haaa tu dah jadi lain kan niat dia.... Jadi, tu lah. Kita tak bole nak cakap benda benda camni. Sebab kita taktau..."

Lebih kurang laaa.. Tapi betul. Aku akui benda ni. Lepas apa yang aku lalui, ujian dan hidayah silih berganti.. Banyak perkara mengubah persepsi aku, cara aku berfikir dan cara aku menilai orang. Niat kita, dalam hati kita ni, sembunyi macamanapun, DIA Maha Mengetahui kan. Jadi kalau niat kita jahat, kita akan dapat balasan setimpal. Cepat lambat je...

Lagi satu, Allah nak bagi hidayah tu pada sapa sapa dan bila bila masa, ikut kehendak DIA. Semua yang berlaku pun atas izin DIA. Memang la tak dinafikan sebagai manusia kita ni tak terlepas dari berpikir buruk pasal orang. Berpandangan negatif terhadap orang lain. Tapi bila ada benda benda macam tu terlintas je, terus kita istighfar. Atau pun pikir balik pasal diri sendiri. Apa pulak pandangan orang pasal kita. Tak semestinya semua orang suka dengan kita kan.. =)


Cerita 2:
Lagi sorang blogger femes ni, yang kehilangan adik bongsu dia. Mesti korang tau sape kan. Dia ni aku klasifikasikan sebagai wanita kuat. Sebab, aku paham perasaan dia. Cuma bezanya aku tak kehilangan, cuma direntap aje perasaan tu sekejap. Masa adik aku eksiden, kitorang satu family dah rasa macam hape je.. Inikan pulak dia yang kehilangan, adik bongsu pulak tu. Tanpa isyarat, maksudnye adik dia takde sakit ke ape ke. Tetiba dijemput Illahi... Pulak tu dalam masa diorang tengah bercuti. Memang sedih sangat. Aku tau... ;(

Aku ni pun sampai sekarang bila tengok balik gambar gambar adik aku eksiden, parut parut dia, tengok dia berkerusi roda, bertongkat, masih terasa sebak, sedih, sayu... Tengok kan keadaan dia yang beransur pulih tapi nak jalan dan makan pun agak payah, aku sayu... Inikan pulak akak ni yang tengok gambar adik dia yang dah takde depan mata.. Hanya tinggal gambar dan kenangan saje... ;(

Aku mintak maaf... Bukan sengaja aku nak buat dia sedih ke... [macam la dia baca. haha!] cuma tu lah, aku nak bagitau yang dia memang kuat. Luaran kita nampak dia hepi je.. Macam takde hape.. Tapi dalam hati Allah je yang tau...

Aku rasa aku pernah jumpa dan berbual dengan arwah adik dia ni. Masa tu aku nak dapatkan rawatan di Hospital Putrajaya ni. Arwah yang uruskan kaunter pendaftaran. Amik nombor, tulis kad putih sume tu. Hospital Putrajaya ni parking memang hazaaaabbbbb! Lagi lagi kalau hari kerja. Dari pagi sampai petang memang susah giler nak dapat parking. Kalau dah petang petang nak ke maghrib tu, haaaa time tu okeh la cket. 

Aku pergi masa tu dalam kul 10 lebih la smpai kat parking. Pusing punye pusing punye pusing, siap kuar balik jalan besa pastu masuk balik kat parking. Pun nan hadoooo!! Sudahnye sampai kul 11.45 ke 12 camtu baru dpt parking. Best kan kan kan *mata kelip kelip sangattt*

Bila dah parking sume, aku masuk kat lobi untuk daftar. Masa tu la aku berbual jap dengan arwah. 

"Susah ek nak parking sini. Dah macam ape dah. Pusing brp kali pun takde kosong"

"Tu lah, memang susah time time camni...."

"Dah macam MidValley dah"

"MidValley pun lagi senang kot"
Pastu dia gelak cket. Nampak la semakin sepet mata dia... ;)

Bila aku tengok gambar arwah kat blog kakak dia, aku belek belek.. Hmm betul laaa.. Aku pernah jumpa arwah. Aku ingat nametag dia pakai tu.. 

Al-Fatihah...
Semoga tenang di sana.. Semoga Allah tempatkan bersama para solehin. 
Semoga keluarganya terus tabah. Aamiin...


Sekian cerita ceriti aku pasal pandangan aku terhadap mereka berdua ini. Segala salah silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan sesiapa, aku mintak maaf banyak banyak. Yang baik itu datangnya dari DIA. Dan yang tidak baik itu kelemahan aku sendiri.

*mereka yang aku maksudkan [walau mungkin korang dah tau sape], adalah mereka berdua ini : si baik hati dan si wanita tabah (^_^)
**kalau korang rasa aku patut padam je episod ni, bagitau yeh. aku takut benda ni ade buat sapa sapa rasa sangat sangat tak selesa.. 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..