Ini cerita bulan September. Dah dua bulan lepas dah. Haha... Aku dengan Hadi, kitorang share bulan kelahiran yang sama. Bulan September. Aku 10hb, Hadi 15hb. Tahun ni kitorang takde makan kek. Tapi bagi seprais lain pulak. Birthday aku hari Ahad. Aku balik Pasir Gudang Jumaat tu macam biasa. Tapi dapat arahan suruh cuti sampai Isnin. So aku pun cuti je la. Pastu biasanya kalau nak pegi jalan mane mane, hari Rabu atau Khamis Hadi dah suruh cari hotel dan tempah skali. Ni nak pegi hari Sabtu, Jumaat malam baru bagitau suruh cari hotel mane yang ok, yang best. Ehhhh terkejut sangat nihhhh.. Hahahahaa... Maka ke Felda Residence Tanjung Leman la kita... (^_^) Sabtu tu keluar rumah petang jugak. Pegi tengok wayang dulu, lepas wayang terus gerak ke Mersing. Masa tu dalam pukul 8 malam tapi jalan dah gelap. Gambar pintu masuk aku tak amik sebab sampai dah malam. Jalan ke Mersing tu kan gelap. Memang tak terpikir nak amik gambar pun. Pikir nak selamat sampai je. Huhu...
Rasa tak perlu kot sikit sikit nak post. Sikit sikit nak post. Macam budak budak la perangai. Sikit sikit dah laa... Acah acah matang padahalllll 🙄 Rasa tak payah kot nak play victim, nak buat cerita sedih macam ko paling dizalimi dalam dunia ni. Hakikatnya hanya yang kenal, yang melalui je tahu hal yg sebenar.
Sebab dilahirkan lah dapat makan itu ini kan. Kalau tak lahir tak dapatlah nak merasa nikmat makan tu. Eh, tapi kalau hari tu bukan hari lahir pun aku makan jeeeeee..... Wahahahaaaaaa ;p Ini nak cakap pasal besday akak aku, Kak N. Besday dia 2hb Disember tahun lepas. Heheee... Aku rasa tahun lepas ni lah sambutan dia asyik maaaaaaakan jek. Semalam makan, hari ni makan, besok pun makan, lusa tu pun makan lagi. Eh, dah minggu depan pun makan lagi??? Aiyaakkkk!! Memula mak aku buatkan pulut kuning dengan kari ayam. Tapi gambar dah ntah mane. Kat fesbuk sana dah upload dah. Kat sini aku tepek mane yang ade aje lah yeee.... ;) Kita mulakan dengan abah belanja makan malam. ..: nasi goreng ujang. nasi ni aku rasa kat belah belah johor je ade. silap silap kat kluang je kot. memang tak semua tempat ade nasi ujang ni =) :.. ..: sotong goreng tepung :.. ..: nasi goreng special two city. [two city tu nama kedai makan ni] :.. Kemudian aku pulak belanja dia. ..: stroberi ice bl
Comments
Post a Comment
gO stRaight doN't beLok-beLok ;)