..: monolog bermacam-macam :..

Aku rasa macam  nak bermonolog berbual secara maya lah dengan korang. Jadi, layankan saje lah yek. Huhuu

Aku tengah nak diet sekarang ni. Dulu, maksudnye dulu yang duluuuuuu, aku diet tak makan nasi. Agak ekstrem jugak la. Aku tak makan dari pagi. Tengahari aku cuma makan roti yang diletak sosej [yang direbus] je. Pastu malam memang la langsung tak makan pun. Kalau makan mesti sebelum pukul 7 atau 8 malam. Bulan puasa pun memang tak makan nasi. Buka makan kuih muih dengan mihun je lah paling berat pun. Masa tu perot memang flat skrin betol. Kalau hari keje, hari Jumaat adalah hari makan berat untuk aku. Makan berat di sini adalah makan nasi kandaq. Hahaaaa! Tapi kalau weekend tu balik kampung, memang ke laut lah diet aku. Isnin keje, mula balik diet. Jumaat makan berat. Macam tu la seterusnya. Bila dah kawen skang ni macam susah je nak kurus. Haihhhh......! (x_x)"!

Yang ni tetiba terlintas tadi kat kepala wotak. Setiap mak bapak memang sentiasa mendoakan yang baik baik untuk anak anak mereka kan. Kerja yang baik, kawan kawan pun yang baik, kehidupan yang baik, pasangan yang baik, dan lain lain lah. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, maksudnye bertemu dengan kerja atau pasangan yang kurang baik, kita anggaplah yang Allah sedang menduga hambaNYA. Kerana, apabila kita diuji itu maknanya Allah sayangkan kita, kan. Bersangka baik selalu dengan Maha Pencipta =)

Gambar berderet dalam folder. Ntah bila nak hapdet dalam belog. Huhuu

tetiba 1: kebocoran yang kecil mampu menenggelamkan sebuah kapal yang besar 
tetiba 2: terus teringat titanic. LOL~




Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..