..: sempit dan bunoh :..

Tajuk filem. Adnan Sempit 2 dan Bunohan. Aku sudah menonton keduanya. Tetiba rasa ayat sungguh skema. Mari ubah mood.






*switching.......*








Adnan Sempit 2 tu aku tengok kat kampung. Beli di astro first saje. Pusing cerita tu je lah. Tengok lah ko sampai muntah. Huhuuu



Cerita ni pada aku ok ok la... Ianya ringan. Untuk gelak gelak layan kepala masuk air, bole la. Cerita ni macam bangang sikit. Bukan bangang yang tak pandai tu tau. Ni macam sengal sengal la. Macam bengong camtu ha. Aku suka tengok Yana dalam cerita ni. Nampak dia makin cantek! (^_^) Intan Ladyana pun makin sengal dan hyper cket untuk filem yang ni. Tarikan utama mestila Saheizy Sam kan. Takde siapa bole tolak kenyataan tuh. Kira bole layan la lawak filem ni walaupun macam.... hmmm..... Macam macam komen dah kita baca dalam paper pasal Adnan Sempit 2 ni kan. Terpulang pada pandangan masing masing =)





Bunohan


Yang paling utama sebab aku tengok cerita ni adalah pelakon pelakonnye. Sape taknak tengok Zahiril Adzim, Faizal Hussein yang tinggi melampai tu, Pekin.... pun nak tengok jugak lah. Hahaa macam tak ikhlas jek ;p  Memang aku tak nafikan lakonan diorang tu best. Tapi tapi tapi cerita ini adalah pasal Kelantan..... Dengar pelik la bila Zahiril cakap Kelantan. Tapi yang lain lain memang macam orang Kelantan asli. Faizal Hussein pon.

Memang nampak Faizal tu hati kering dalam cerita ni. Kerja pon pembunuh upahan kan. Takde perasaan main tarah orang sana sini guna kerambit dia tu. Dan nampak perjuangan dia pasal tanah mak dia tu. Berjuang habes habesan. Aku sedikit menyampah tengok si Pekin dalam cite ni. Dia terlalu pentingkan diri sendiri. Huh *emo*

Ceritanye lebih kurang camni. 
Kisah di sebuah Kampung Bunohan di Kelantan. Pok Eng dan Mek Yah [isteri pertama] adalah suami isteri. Pok Eng ada berkahwin juga dengan Mek Ani [isteri kedua]. Dengan isteri pertama, Pok Eng mempunyai anak bernama Ilham [Faizal Hussein] dan dikatakan Adil [Zahiril Adzim] adalah anak luar nikah Mek Yah. Bersama Mek Ani pula Pok Eng mempunyai seorang anak. Iaitu Bakar [Pekin]. Kalau silap kat sini aku mintak mahap la yek. Sebab kompius gak sape anak sape. Heheee

Ilham adalah seorang pembunuh upahan. Adil peninju muay thai dan Bakar seorang cikgu. Sampai satu tahap Ilham disuruh bunuh Adil atau nama di gelanggangnya adalah 'Bunga Lalang'. Cari Adil sampai ke Bunohan. Kesudahan cerita adalah pada awal awal permulaan. So, kena pahamkanlah kat situ [macam aku yang selo nih]. Cuma aku rasa takde hero kot. Sebab Ilham & Adil mati. Tinggal Bakar yang jahat tu je. Pok Eng dan Mek Yah memang mati sebagai manusia tapi roh diorang jadi benda lain. Pening dah, kan? Aku ulas pepanjang pon bukan bole pahamkan sangat. Jadi kalau rasa nak tengok, pegi la tengok k. Andai kata korang ni memang berjiwa seni dan suka seni yang halus ni, aku kompem korang suka hasil karya ni ;)


Boleh jugak baca pasal Bunohan kat sini ----> klik klik ;)


Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..