..: ohhh indahnya makanan! :..



Tauhu bakar, nasi ambeng [nampak tak sungguh jawa di situ], dan mee kari adalah hasil dari pembelian di pasar malam pada hari Jumaat. 




Garlic bread dengan kepingan sosej di atas beliau. Ini buat sarapan pada hari Sabtu






Haaaaaaa.... ini yang paling fresh sekali! Heheheeee
Malam tadi baru buat okeh. Resipi dari cikgu yang kiut ini. Tapi macam bese la kan. Makhluk Tuhan yang pemalas macam aku, haruslah mengolah resipi beliau menjadi yang palinggggggg mudah.my ;p



Nama asal adalah Alfredo Baked Macaroni. Tapi aku tukar sikit menjadi Baked Pasta with Cheese. Hahahaaa sukahati je kannnnn.... ;D

Bahan bahan sungguh mudah. Kalau korang tengok resipi asal, ada banyak jugak la bahan dia. Tapi tak susah nak cari. Sampai kat aku paling minimum aku boleh sediakan.

Bahan bahan
1 biji bawang besar
Pasta [aku guna spageti dan megi] 
1 tin kecil mushroom soup campbell
2 keping slice cheese 
1 biji telur
Garam & Lada hitam secukup rasa
Marjerin/Butter untuk menumis

Cara mudah
1) Rebus spageti sampai lembut. Bila dah lembut, angkat dan toskan. Masuk kan dalam bekas berisi air. Rendam dengan megi pulak.
2) Panaskan kuali. Letak marjerin sikit. Potong bawang dan tumis. 
3) Agak agak bawang dah layu, masukkan 1 tin mushroom soup campbell. Gaul sebati.
4) Masukkan air dari bekas tin sup tadi. Gaul lagi.
5) Masukkan cheese. Biar cair sekejap.
6) Masuk lada hitam dan garam secukupnya.
7) Toskan pasta tadi. Masuk dalam kuali dan gaulkan sebati dengan kuah tadi.
8) Panaskan oven.
9) Masukkan semua yang dah digaul tadi dalam bekas pembakar. Tuang bancuhan telur. Taburkan cheese. Bakar selama 20 minit.
10) Tunggu oven bunyi tinggg!! Setel! ;)



Tinggal separuh jek. Ok lah kan makan berdua. Huhuuu..
Makan time panas panas tu. Perghhhh!!


Selamat mencuba! (^_^)



*aku nak masukkan daging kisar. tapi tadi malam tengok dah tak elok dah. jadi terpaksa ke tong sampahlah beliau. huhuu



Daa.... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..