Monday, October 28, 2013

..: Baju dan melawat anak jiha :..



Aku ade bagitau sebelum ni pasal baju raya aku dijahit sendiri oleh Kak N. Sekarang ni akak tu dah meluaskan sikit empayar dia dengan amik tempahan orang. Tapi baru sorang je la pun. Tak berani lagi nak amik banyak banyak. Huhu...





Kakak ni kecik molek je. Tapi aku rasa baju ni cantek lah. Bukan sebab akak aku yang jahit baju ni tapi sebab memang aku rasa baju ni cantek. Hahaha..

Okeh, terus ke cerita yang kedua. Haaaa nampak tak dia punya nak cepat je hapdet tu? ;p

Sahabat aku, Puan Hajah Najihah tu dah selamat melahirkan anak kedua dia. Pompuan jugak lagik. Irdina Aisyah. 



Aku memang suka amik gambar tapak kaki baby. Macam comel gitu kan. Tapi gambar gambar ni semua Kak N dengan Abang Nizam yang amik. Hehehe...








Ni kira macam mini re-union untuk kitorang jugak lah. Tapi masa ni tak cukup korum lagi. So amik gmbr sape yang ade je dulu. Sudahnye lupa nak amik gmbr makcik lagi sorang tu. Haha...

Bila dah lama tak jumpa, sesekali kumpul camni memang syok ah. Banyak cerita kuar. Mengimbau kenangan pun besh. Makan besh. Tu ibu dalam pantang siap rekues donat big apple lagi. Hamboih dia tuuuu...

Lepas ni aku nak buat lagi satu episod semua dalam satu. Sonang kojo ;p


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)