..: Meluah perasaan melalui bebelan_episod 2 :..



Ingat kan nak buat sekali je dalam episod tadi. Tapi macam panjang pulak membebel. So terpaksa pecahkan ke sini pulokk. Huhu...


Luahan 2 : Filem Tanda Putera

Yeeeee.. Aku tau dah lama cite ni. Tapi baru sekarang aku berkesempatan nak hapdet. Heheheee... 

Aku suka tengok cite cite gini. Macam sebelum ni filem Leftenan Adnan. Tapi yang filem Embun tu aku tak pegi tengok. Sebab ape ntah.

Aku nak cakap yang filem Tanda Putera ni ok. Ni takde kena mengena pasal politik ehhh... Kerajaan ke pembangkang ke. Takde. 

Ada orang post kat fesbuk, suruh tukar tajuk jadi Tanda Macai. Hmmmm.....?? Then banyak la komen macam macam pasal filem ni. Kata la Pengarah tak buat homework la. Zaman dulu dah ada seluar skinny dengan tshirt leher V la. Itu pun jadi pertikaian kannnnn...

Pasal perkauman.
Dari dulu memang benda ni wujud. In fact sekarang pun. Cuma tak teruk macam dulu la. And tak semua orang pun racist. Dulu dulu kan cara berfikir tu tak berapa terbuka sangat. Pelajaran dan pendedahan pun kurang. Internet pun susah. Gadget sume pun lagi lah kan. Tapi dalam filem ni ada jugak tunjuk yang bangsa Cina dengan Melayu tu bole jadi kawan. Bole rapat. Takde lah provok sangat pun. Bukan nak timbulkan isu perkauman, cuma nak tunjuk zaman dulu bangsa bangsa ni tak berapa bersatu sangat. 

Seluar skinny dan seumpamanya.
Helllooooooo... Seluar skinny ni semua memang dari zaman diorang kottt... Kan fesyen ni berputar je. Cuma dikomersialkan sahaja pada zaman sekarang ni. Polkadot, cotton corak bunga kecik kecik tu pun dari dulu ada dah. Baju peplum semua tu pun kan macam fesyen zaman zaman saloma dulu. Taktau kaaaa....?? Haiyaaaaa...

Kalau tengok filem pasal kisah dulu dulu ni, memang bole rasa insaf. Tengok Leftenan Adnan tu aku cuak. Sebab filem tu kisah perang kan. Heheheee... Dalam Tanda Putera ni memang bole nampak la pemimpin dulu memang bersungguh nak satukan rakyat, jaga betul betul rakyat dia. Sanggup berkorban untuk tolong rakyat dia. Itu yang buat rasa terharu. 

Orang kata apa yang dipaparkan dalam filem ni takde dalam buku Sejarah. Weeehhhh... Sejarah yang macam tu je pun susah nak lulus, inikan pulak semuuaaaaaaa cerita sejarah nak masuk dalam subjek Sejarah tu? Ko mampu ke nak lulus?? Berapa jam pulak nak kena blaja subjek Sejarah tu?? Hahahahaaa adoilaaaaa... ;p
Tapi at least dengan adanye cite cite camni, dapat la kenal hero hero dulu selain yang popular tu kan. Yang selalu disebut sebut tu. Kalau tak tengok Tanda Putera, aku taktau pun [ke tak ingat ntah] pasal Tun Dr. Ismail tu. Ada bagus jugak lah cite macam ni difilemkan untuk tontonan zaman sekarang. Tak bermakna fikiran atau filem kita tak maju. Bukan. Cuma nak bagitau je beza zaman dulu dengan sekarang. Nak tunjuk betapa dah maju nye sekarang ni dengan pengorbanan dan usaha daripada zaman dulu ni lah. 

Aku rasa orang yang kata tak maju tu, dia lah yang tak maju sebenarnya. Tak boleh pikir motif benda benda ni dibuat. Tengok filem yang ntah pape tu lebih maju la kottt... Huhuhu...


Sekian dulu luahan untuk kali ini. Kalau ada tak puas hati lagi, pasti ada lah tu nanti episod lain menyusul pulakk.. Hahaaa...


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..