Wednesday, October 2, 2013

..: Meluah perasaan melalui bebelan_episod 1 :..



Gambar takdok. Aku cuma nak melepaskan perasaan je. Sebab kat sini je la pun yang aku rasa ok. Sebab tak ramai yg membaca. Hahaa..

Luahan 1 : Pasal PTPTipu PTPTN
Ada yang kata Pinjam Tau Pulang Tak Nak. Ehhhh...??! Bukan taknak hokeh. Tapi bila pulang tu melebih lebih daripada apa yang dipinjam, ape ke hey nye yob??

Aku adalah salah seorang peminjam. Dan aku pembayar. Dulu. Aku kira tegar gak la membayar pinjaman nih. Taaapiiiiii bila statement sampai kat rumah, aku tengok yang aku bayar tu tak dapat cover interest punnnnn. Hohhhhhh????!! Memang amukan! 

Agak agak lah weh. Masa pinjam berapa je. Aku tak dapat pinjaman penuh pun. Tapi time bayar melebih lebih lebihhh sangat nihhhh...! Klw kawan kawan yang dapat pinjaman penuh tu lagi la kan. 

Macam macam aku baca pasal PTPTN ni kat fesbuk segala bagai. Kata ape tu, dah pinjam tak reti nak bayar lah. Masa buat pinjaman tak baca lah. Deeerrrrrrr...! Ko bagitau aku lah. Sapa yang masa isi borang tu, masa sain segala bagai tu, yang baca semua satu satu? Sapa?? Sapaaa?? Ade keeeeee?? Dah la masa tu buat secara berjemaah. Ramai ramai dalam bilik kuliah. Orang yang bagi penerangan tu pun nak cepat. Dah isi borang semua tau nak kutip teros borang tu. Mana yang tak lengkap macam slip gaji ibubapa ke, nanti nanti baru bagi. Lagipun masa time aku baru baru jadi student aku taktau pun pasal interest diorang ni. Yang melangiiitttt sangat tuh. 

Lepas tu kata ape, jadi best student tak payah bayar lah sume tu. Mohon biasiswa semua tu. Bukan semua orang bole jadi mcm ni. Ada yang struggle gila babeng, tapi tak dapat pun best student. Ada yang tidooooo je tapi dekaaannnn je. Pun ada jugak. Haa camno tuh?

Dah la nak tunggu duit pinjaman tu masuk, berjangguit. Bukan awal sem dia masuk. Dah tengah tengah, kadang tu dah nak hujung sem baru masuk. Sebab tu panggil PTPTipu. Hahaaa.. Dah guna duit makbapak sendiri, baru la pinjaman masuk. Masa tu nak buat apa lagi? Assignment dah siap, yuran dah bayar, apa lagi? Duit tu diorang buat beli benda lain. Kata salah guna lah, joli lah, macam macam. Kalau tau nak masuk lambat, bayar yuran pun guna duit makbapak je, baik tak payah mohon. Apa? Simpan untuk sem akan datang? Budak remaja la derrrrr.... Nafsu membuak buak nak memilik segala macam. Yang pompuan lagi la kang dengan pad nye lah, deodoran lah, perfume lah. Belum lagi stok makanan. Haaaaaa....

Aku memang tak bole terima la kalau orang kata macam macam pasal peminjam PTPTN ni. Kalau ikut kan banyak lagi aku nak luah ni. Kita tak paham masalah orang beb. Janganlah sewenang mengata, menuduh, menghukum. Mungkin ada yang taknak bayar. Atau memperlekeh lekeh kan pasal bayar balik ni. Dan mungkin jugak yang memang ada kekangan untuk bayar. Walaupun RM50 pada sesetengah orang takde ape. Ala 50 je pun. Tapi untuk sesetengah yang lain tu amat payah nak keluarkan RM50 untuk bayar pinjaman sedangkan banyak benda lain yang lebih menjadi keutamaan. Eleh... Ada tu yang kena bayar lebih doposen untuk minyak pun dah bising seantero malaya. Hahahahaaa... 


Daa... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)