Wednesday, October 9, 2013

..: kira pengantin baru la jugak :..



Ini majlis perkahwinan kawan aku, Ain Zulaikha. Kalau ingat lagi la. Dulu yang dah lamaaaaaa dulu, rajin gak muka dia masuk dalam blog aku ni. Tapi bila dah tukar Kementerian lain, dah jarang jumpa. So gmbr dia pun dah takdok dalam blog aku ni haa..

Dia kawen yang minggu hari Malaysia tu. 14hb September. Buat kat rumah dia, Pedas, Negeri Sembilan. Dia dah selamat pegi honeymoon pun. Aku baru nak hapdet. Hakhakhak! ;p



Mix and match sajork. Baju kurung pahang raya tahun lepas kot. Pakai dengan skirt hitam. Baju tu warna purple sebenarnya. Ni aku tak edit ape pun. Memang original gmbr camni. Sebab dalam bilik kot. Dengan langsir yang warna cekelat tu. Jadi kaler sebenar terus tak nampak dah. 


Aku pegi kenduri ni skali dengan idot. Sebab lepas tu kitorang terus nak gerak balik kampung dah. Duduk kat seat belakang, melayan makcik tembam kecik nih. 
Macam macam hokeh. Kemain dia  menyakat aku. Siap sakat nak cabut manik kat baju aku lagik. Hahahaaa geram tau sama ini bam bam!


Sampai rumah pengantin cuaca gerimis mengundang. Tapi ini gerimis membahang. Dia jenis yang ujan gerimis, tapi langit cerah. Pastu rasa macam bahang je.. Rumah ain ni pulak rumah kampung. Kawasan pun pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran.. yang lembik bila lecak tu. Lagipun dah beberapa hari hujan je agaknye. So paham paham aje lah ye. Sian jugak kat tuan rumah dengan tetamu. Nak buek camno kan. Ujan ni bukan kita bole halang halang suruh jangan turun. Huhuhu...



Nak dapatkan gambar pengantin yang elok senyum tengok kamera memang payah aaa... Ramai orang kerumun. Dengan budak budak lagi.. So aku main snap je lah mano sompek. Nasib baik jugaklah baju pengantin bukan jenis yang meleret leret tu. Kalau tidak... Huiiii...! Tapi cantek baju songket dia. Klasik gitu! Bilik pun cantik. Tapi tak sempat nak belek hantaran dengan amik gambar bilik sebab ramai kawan kawan dia. Semua pun nak amik  gmbr dengan pengantin kan..



Masa ni diorang dah nak berjalan ke meja makan. Kitorang tahan kejap sebab nak amik gmbr pastu nak balik dah. Kepada Ain dan Anas, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia ke akhirnya hingga ke syurga. Aamiin...


Daa... =)

2 comments:

  1. Replies
    1. Same2 ain =)
      Nanti akak datang umah sini pulak. Nak bagi adiah. Hehe ;)

      Delete

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)