..: episod tanpa gambar : cerita hujung minggu :..


Hujung minggu lepas.
Mak, abah, dengan Uri datang umah aku. Dari hari Jumaat sampai Isnin. Saje jalan jalan. Disebabkan budak yang mak aku jaga tu, maknye cuti Jumaat dengan Isnin tu. So mak aku pun cuti jugaklah. Dia mintak bapak aku pun cuti jugak. Heheheee...

Bila mem datang, makanye jadual aktiviti otometik dah tersedia. Haaaa... Jangan lah nak selit selit aktiviti ko sendiri. Memang tak sompek aihh.. Sepenuhnya untuk diorang je. Lagipun bukan selalu. So kita layan je =)

JUMAAT.
Diorang smpai dlm kul 1 pagi camtu. Sebab Uri yang drive. Kalau abah drive, Jumaat pagi tu baru diorang gerak. Bila ada si panjang yang ada tenaga lebih tu, gunakan sepenuhnya lah. Haha! Dia pun dah biasa gerak memalam camtu. Orang bujang kannnn...

Jumaat takde ape sangat. Sebab aku keje. Pagi tu aku siapkan sarapan. Buat mee goreng je. Untuk lauk tengahari memang awal awal dah mintak mak masak sambal daging. Mak pun memang datang tu bawak daging korban so masak je lah terus. Tengahari aku balik makan. Rehat pun lama kan hari Jumaat. Rupanya mak buat nasi tumis. 2 kali tambah aku mkn nokk... ;p  Gambar aku dah masuk dalam episod sebelum ni. 


SABTU.
Pagi sarapan sandwich telur. Lepas tu yang bujangan bawak abah pegi klinik sebab aku tak tahan dengar abah batuk teruk. Diorang balik dari klinik tu kami ke Shah Alam, Seksyen 7. Kedai makan sepupu aku. Dia ni kira anak sedara abah la. Memang tiap kali kalau mak abah datang sini, akan singgah kedai dia. Ada berapa cawangan ntah kedai dia ni. Tapi yang dia laki bini jaga kat Seksyen 7 ni la. Nama kedai MAK JAH BERIANI. Hari tu aku makan mee rebus. Sedap. Kuah pekat. Siap ade ape ntah yang rangup rangup tu. Mak makan beriani daging. Akim beriani ayam. Uri beriani kambing. Abah makan bubur sebab dia tak sihat. Bila batuk mesti la tekak pun tak berapa nak selera sangat kan. Gambar sume takdok sebab sedap layan makan borak. Huhu..

Malam tu kami pegi tapau makanan kat food court je. Abah pun tak sihat. Jadinye makan malam kita bungkus aje. Uri tu pun kalau datang sini mesti nak beli roti john. Abah mak kami tapaukan sup ayam dengan nasi goreng kampung.


AHAD.
Sarapan di luar. Bole tahan awal pagi jugak. Sebab lepas tu kami nak ke rumah tunang Uri kat Wangsa Maju. Tapi kena tukar plan pulak sebab menghormati tuan rumah. Hehe.. Jadi bagi mengisi masa yang ada, layan mem pegi Mydin jap. Bila dah setel beli barang pun masih ada masa lagi. Balik rumah kejap. Tengahari sikit baru gerak ke Wangsa Maju.

Bila datang umah dia ni standed la.. Macam macam dihidangkannya. Ada nasi himpit, ketupat palas, nasi putih, sambal tumis ikan bilis, lodeh, sambal kacang, rendang ayam, air kopi O dengan air oren. Huiiii... Rejeki.. Rejeki... ;D  Nak balik tu siap ditapaukannya lagi. Rejeki lagi. Hehehee...

Petang nak balik tu hujan lebat gila. Sampai banjir banjir sebab air bertakung. Jem jalan. Dengar kata banyak kawasan jugak yang terlibat kan ek. Smpai ke mlm tu rasa sejuk dia. Huhu...


ISNIN.
Aku buatkan sarapan megi goreng. Diorang nak gerak balik dah. Aku dengan Akim pun keje. Sambil aku siap siap pegi keje, diorang pun kemas kemas barang nak balik. Keluar rumah pun lebih kurang sama. Aku pegi keje tak lama tu diorang gerak. Mak siap tapau megi dengan lauk lauk yang ada tu bawak balik. Memanglah, kalau ikut aku suruh bawak semua je. Siapa nak makan pun nanti kat sini. Aku bedua je. Bukan habis pun kang.


Itulah dia cerita hujung minggu aku.. Rasa kejap je diorang datang tetiba nak balik dah. Takpe lah, nanti bebila mesti datang lagi kan. Hehehee... 


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..