..: Jom Borak : Semua dalam satu :..



Haaaaa.... Ni lah episod yang aku war war kan tadi. Nak sumbat semua sekali. Sonang! Banyak sangat benda nak cito. Tak kisah lah dah basi ke hape ke tahtap ku tepek jebat! Bhahahaaaa ;p

Owh. Dan pastinya akan jadi sebuah episod yang paaannnnnjjaaannngggg.... Hahahaaa... ;p

Hmmmm.... Nak mula yang mane dulu ekk...

Okeh kita mula dengan pembelian online dulu. Aku beli shawl dari syaezahboutique. Klw IG cari nama penuh tu. FB pun guna nama syaezah tu jugak.

Aku beli 2 helai teros. Sebab harga dia murah dan corak dia cantek. Itu kira pakej ye. Huhu..


Corak dia sama cuma kaler je lain. Aku taktau nak amik mane satu jadi aku amik sekali dua. Hahaa... Ini pun kira harga paling minimum yang aku beli. Biasa laaa.. Gula dah naik harga kannnnn... [Apa kena mengena?!] ;p




Dalam minggu yang sama dapat tu jugak terus aku pakai. Memang tak kesabaran dah. Haha! Kira puas hati lah. Harga murah, cantek, lebar, labuh, material, semua menepati piawaian. Cuma nak melilit tu pepandai sendiri lah kan. Hehee...



Kontek Lense ni aku beli dari GlassesOnline. Pun aku pilih yang paling minimum harga dia. Kehkehkeh.. Kalau tengok laman web tu memang rambang mata ah. Eh, semua benda kalau tengok online ke katalog ke memang rambang mata kan. Lense ade macam macam kaler, ade power takde power, semua boleh pilih sana. 

Aku amik yang clear lense sajorkk.. Takde kaler. Tapi ade power. Kiri kanan power berbeza so kena amik dua lense lah. Sebab kena amik dua lense, aku pilih harga yang murah. Beli dua pasang pun masih murah. Ini adalah pemakaian untuk 3 bulan.

Lense yang aku pilih ni sebenarnya aku pun taktau dia jenis camne. Biasa aku pakai tu aku tau lah dia tak lembik sangat. Ini memang kena handle with care sesangat. Sebab dia lembuuttttt jeee. Lembik. Hahaa.. Dan memang kena betul betul kat hujung jari bila nak masukkan dalam mata tu. Kalau tidak memang susah sikit lah. Tapi takpe, mak kan perooooo.... ;p


Lense tu diorang balut guna plastik ni. Lama tak jumpa ni weh. Harus lah leka dok picit pecah pecah kan gelembung tu semua. Hahahaa...





Gambar makanan mesti mau ada kan. Ini masa Kak N datang umah aku. Minggu sebelum Raya Haji tu. Lepak makan kat Secret Recipe. Apple Crumble dengan kek tu macam kureng sikit lah. Huhu...




Ini pulak menu untuk minum petang. Aku pun dah lupa mane satu dulu. Secret Recipe dulu ke minum petang ni dulu. Hentamlah labu! Hahahaa..



Gambar bawah ni pulak masa aku balik kampung untuk makan cuti Raya Haji. Sebelum sambut raya, kita sambut dulu makanan lain masuk ke dalam mulut. Heheh! 



Makan kat Kg. Melayu Majidee. Tempat ni memang terkenal dengan ABC yang terbaek dari ladang. Kalau balik JB memang aku akan ajak Uri bawak pegi sini. ABC dia memanggil manggil wehhhh... 



Malam nye kami kuar ngeteh pulak. Dekat dengan umah je. Sebab macam dah malam nak pegi jejauh malesh. So kita try lah makan western yang murah ni. Ok la cuma ayam tu keras sikit. Garing sangat kot. Orang lain punye makanan aku tak amik gambar. Huhu...



Ini pojek malam raya katenye.. Pojek Kak N lah. Dari siang dok cakap nak buat puding roti. So malam raya tu dia membako lah puding roti ni ha. Siap asingkan aku punye. No kismis pelissss! Hahahaaa... 




Malam tu jugak dibalun. Dah siap bentang toto sume dah. RIlek je abah potongkan, kami makan atas toto. Dengan anak anak sedara sume. Hahaa..




Ini baru makanan pagi raya. Sama macam Raya Aidilfitri cuma ketupat tu yang segera punya. Ayam tu masak kicap. Lauk lain macam lodeh, sambal goreng, kuah kacang semua sama. Berapa kali aku makan? Usah ditanya. Gue sendiri lupaa.. Hahahaaa!



Pagi bila ntah aku buat sarapan burger. Teringin. Disebabkan sayur bawang sume takde stok, aku cincang carrot je. Rebus pastu toskan. Gaul mayonis. Letak black pepper sikit. Roti burger tu pun sapu marjerin pastu bakar jap atas pan. Ha lepas tu buat lah burger sendiri. Roti, sos lada hitam, cheese, daging, mayonis + carrot, sos cili, roti. Nyummsss! 




Ini masa ondaway nak pegi kenduri kawen. Majlis kat Taman Botani Putrajaya. Sampai je tempat majlis, tak lama tu hujan turunnn.. Lebat jugak lah. So gambar memang takde lah. Sibuk nak angkat kain, nak makan, haishhh... Dengan orang bersosak sosak lagi. Huhu.



Mesti kenal kan kan kan. Well... Bila adik bongsu keje kat Secret Recipe, dan aku cakap macam teringin nak makan Carrot Slice. Dia balik keje je dah bawak dua kotak kek. Satu dia punye. Brownies cheese camtu la. Satu lagi mesti lah aku punye ni haaaa... Hehehee... 




Ini yang paling latest. Jumaat lepas. Mak abah dengan Uri datang umah aku menghabiskan hujung minggu. Sekali dengan nak bagi daging korban. Ni hasilnye. Nasi tumis dengan lauk sambal daging. Sebenarnya lauk ni sebab tak tahan tengok kat blog puan ni ha. Asyikkk cite pasal sambal daging. Terus aku mintak mak masak kan. Mungkin tak sama tapi asal dapat makan. Heheheee ;)


Bila tengok balik episod ni, cuma dua keping je gambar akuuu??! Lain sume makanan. Hadoi laaaa.... Nampak sangat kannnn (-__-")


Daa... =)

Comments

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: tetamu raya dan pegi beraya :..