..: kiSah bipUh [atau bipOh] :..

aku buat episod kali ini rentetan dari cerita sedih dari gadis manis ini =)

pasal kucing dia. aku teringat pada kucing yg family aku bela cuma seminggu.
sebelum ni, masa kami sume budak kecik lagi [skola rendah dan tadika], kami ada bela kucing gak.
tapi bila nak kena pindah, kucing kucing kami tu lari tinggalkan umah. 
macam tau tau jek..... dah bawak diri dulu. huhuu

okeh. ini pasal kucing yang terbaru. nak kata baru tak baru sangat lah.
dalam tahun 2008 [kot]. lama gak ek. fineeee....

cite dia macam ni. pada suatu malam yang dingin, kami sekeluarga sedang menonton telebisen.
tetiba dengar bunyi kucing gaduh. korang tau la kan kucing gaduh. cakar cakar dengan ngiaw garang garang tu kan. pahtu abang ipar aku, [abang nizam] kuar g tengok. dua ekor kucing tu, sekor hitam sekor tompok kelabu putih. yang hitam tu blah masa kami sume dah kuar. tinggal la yang si tompok tu. dia terbaring lesu.

taktau la ape yg si hitam tu dah buat kat dia. tapi bila abg nizam nak angkat dia, kira macam nak bangunkan dia la kan, dia macam mengiaw sakit. seloooo jek bunyi dia. suara dia mmg mcm tgh sakit. pahtu dia mcm tak bagi nak sentuh ape ape pong kat dia. mcm satu badan sakit lah.

pahtu kami cari kotak. abg nizam nekad angkat jek dia masukkan dlm kotak tu. bile tgk kaki dia mcm cedera. mcm patah pun ade. taktau lah. kami biarkan dia satu malam dulu kat dlm kotak tu.
pahtu besoknye bile tengok dia, suara dah tak kuar dah. dia bukak mulut tapi suara dia takde. dia dah bisu ;(
pahtu dia pon tak ble nak bangun berjalan. dia lumpuh juga ;( kami namakan dia bipuh sebab dia bisu + lumpuh.

bila abah balik kluang, abah tengok dia pon jadik sayu hati. mmg kami sume rasa sangat sayu tu. sedih tengok dia. pahtu abah mandikan dia.... syampukan.... pahtu dah keringkan bulu dia, sikat kan leklok... pahtu tengok dia cantek sangat. nampak bersih suci jek bulu dia yang kaler putih tu.

kami nak bagi dia makan tapi dia mcm tak boleh nak telan pong. kami bagi minum pong pakai straw jek. seminggu dia mcm tu. kami ni takde pengalaman pasal kucing yang sakit nih. nak bawak ke veterinar pong taktau katne klw kat kluang tu. sebab tak penah amik tau benda benda camni kan. 

lepas drpd tu, bile nak pegi dengan balik keje jek, kami sume akan ade aktiviti baru. iaitu jenguk dia dulu kat dlm kotak tu. dan yang terharunye, bile dia macam tengah tido ke kan, tapi bila kami panggil nama dia, "bipuh..... bipuh....." dia bukak mata. dia tengok kita. pahtu air mata dia meleleh..... sedihnye.... ;(

seminggu cukup kami jaga dia. 
pagi tu kami panggil panggil dia tak bukak mata. kacau kacau dia, cucuk sana sini pong takde respon.
hayat dia tak panjang. dia mati akhirnye ;(
memang sedihhhhh..... tapi takpelah. daripada dia tahan sakit yg kami taktau ape tu.  biarlah dia pergi...
kami balut dia dengan tuala. adik aku [damanhuri] dengan kawan dia, g tanam bipuh petang tu jugak. 
masa tu baru lah rasa ape yg org lain selalu rasa bile kucing diorang mati. baru aku paham.

pagi besoknye, kami terasa gak dia takde. sebab selalu pegi balik keje mesti tengok bipuh dulu.
panggil dia. bgtau kate kami nak g keje.... memang rasa gak a.


takpe lah. semoga bipuh ingat jugak kat kami walaupong kami jaga dia tak seberapa dan kejap jek.






..: alahai.... (-_-) :..

bersemadi lah dengan tenang wahai bipuh.

*sibuk kan orang cite pasal kucing dia nak gak cite pasal kucing. hehehee
**tapi serius weh. aku sebak masa buat episod nih. [jadi imm, kak ita memang faham perasaan imm] huhuuuu (-__-)
***macamana kami dengar dia gaduh tu aku tak brp ingat lah. sama ada kami baru sampai umah dari kuar g makan, atau pon mmg kami ade kat umah masa tu. mahap lah yek. kate pong tahun 2008 kannn.... ;p


bile akan ada kucing baru? itu aku tak pasti. tapi yang pastinya encik tunang memang seorang yang sangat sayangkan kucing. tak kita ape rupa, kaler, jumpe kat mane, dan sebagainya.... huhuhuuu

daa.... =)

Comments

  1. kak ita buat im nanges kat ofisss!!!! ;(
    kucing mmg faham ape yang tuan dia cuba sampaikan. kucing mmg boleh menangis..cube dia tk bole memekak macam manusia menangis. kucing akan doakan siapa yang baik dgn dia.

    *tapi....kalau kucing faham cakap manusia, im nk sgt faham bahasa kucing..im nak tau ape yg da jdk kat dia. ape yg dia rasa.... :'(

    semoga bipuh aman disana......

    *dari gadis manis. ececeh :P

    ReplyDelete
  2. T_T

    xmo bace lagi..teringat kat BOBO yg mati sebab obesiti..(syaza kate die BOBO ade darah tgi..huhu~)


    BOBO-kucing kesayangan keluarga yang sangat gemuks..

    ReplyDelete
  3. imm: kak ita pon sebak masa taip cite ni im. tiap kali teringat kat dia mesti sebak. terbayang2 muka dia... ;(

    *kita tak faham bahasa kucing tapi dia tau yg kita syg kat dia im. takpe, sekurang2 nya kita boleh jaga dia. dan dia pun tau berterima kasih cuma kita takde kelebihan utk faham bahasa dia

    terima kasih imm....

    *manis lah. hehehee ;)

    ReplyDelete
  4. ain : mmg org yang penah lalui jek akan faham perasaan ni. lagi2 kucing kan. sayu dia lain mcm (-__-)

    bersemadilah dengan tenang wahai BOBO dan BIPUH

    ReplyDelete

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..