Tuesday, March 8, 2011

..: sarapan hari selasa :..

selamat hari selasa =)
pagi ni aku buat sarapan menu baru. untuk aku la. first time try.
Alhamdulillah jadi. bagi kengkawan opis rasa. naseb baik diorang kate okeh.
suhkaaaaaaaaaa ;p

aku bagi nama untuk menu sarapan pagi hari ini ialah sardine cheese roll.
sebenarnye cuma ejas [read: adjust] daripada sosej roll jek.
gantikan sosej tu kepada sardine.

sebab takde keje dan baek hati, aku kongsi lah resipi yang amat mudah ini ;)

Bahan:
- sardin dalam tin [tin yg kecik tu ble dapat lebih separuh roti gardenia yg panjang tu]
- 2 biji telur
- 1 biji bawang besar
- kepingan cheese [aku buat sekeping utk satu roll]
- roti gardenia [atau ape ape brand pong ble saje....]
- garam dan lada hitam/lada sulah [black pepper] sebagai perisa
- klw suka ble gak letak cili padi cket

cara buat:
1) memula panaskan minyak. cket jek. pahtu masukkan telor dan buat macam scrambled egg tu [telur hancur]
2) masukkan bawang yang dah dihiris. cili padi juga.
3) masukkan sardin. ikan saje. kuah takmo. tapi klw nak basah cket ble gak la masukkan. tapi jangan banyak sangat. nanti basah sangat cam tak besh plak.
4) hancur kan ikan sardin tu. 
5) tabur cket garam dan black pepper secukup rasa.
6) agak agak dah kering, matikan api. asingkan.
7) lenyekkan roti. letak cheese, letak inti sardin+telur yang dah siap tu. agak agak, jangan banyak sangat inti. nanti susah nak gulung. pahtu takot goreng pong inti bertabur kuar. 
8) gulungkan dia. lekatkan ujung tu guna telur. 
9) panaskan minyak lagi. banyak cket utk deep fry. celupkan roti yang dah siap digulung tadi dalam bancuhan telur, teros goreng. agak agak dah ok, angkat. 
10) potong masa panas panas tu, cheese dia meleleh kuar.... pehhhh!!

selamat membuat =)

aku makan sardine cheese roll ni dengan air neskepi panas




nak buat minum petang pong bole sajeeee....
pahtu, sebelum goreng tu kan, dah lepas celop dalam telur tu, klw nak celop dalam tepung dengan bread crumbs [serbuk roti] pong boleh.
ade tiga cara lah :
1) celop telur saje. goreng.
2) celop telur pahtu tepong. goreng.
3) celop tepong, telur, breadcrumb. goreng.

*masa buat tu aku tak sempat nak amik gambo. sebab pagi pagi kan. macam kelam kabut cket. huhuuu


daa.... =)

No comments:

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)