..: buKaK mAta :..

ari ahad tu, lps tgk event kat bentley, aku ke ppum melawat seorang sahabat. 
name dia rohaini binti sobirin.
dia kwn aku 1 skola menengah. skola agama juge. kira geng la jugak. dan sampai hbs skola ade gak jumpe. time kwn2 kawen ke ade ape2 majlis ke. kami akan jumpe. kumpul balik. bese a kan. time kwn2 kawen tu dh mcm reunion gak. 

26hb jun ari tu, kami ade plan utk buat reunion kat PD utk batch kami. ade la dlm 10 org [or lebih kot]. aku dpt rase eksaited tu. tp dlm mase yg same aku rase mcm berat ati nak pegi. and, 24hb tu ari khamis, mlm tu aku dpt 1 msg. aku dh tido pong mase tu. dpt msg, terus t'duduk aku. mmg tak pcy. mmg x sangka. sungguh! 

dia yg sebelum ni sihat walafiat cantek manis mcm ni


..: aku amik gmbo ni kat fesbuk dia :..


bila tibe2 dia jd mcm ni

 
sedih giler! aku buat entri ni pong aku sebak sgt. dh bp ari ade dlm draft. tp aku sedih tiap kali nak smbung buat entri ni (-___-)
kwn aku bgtau [same2 1 skola gak], khamis mlm tu diorang tgh mkn. pastu si roha ni bdn kanan dia kebas. xble gerak. bile nak baringkan dia mcm nak pitam dh. bwk dia g spital, ondaway tu dia dh muntah2. pastu dia mcm kena stroke terus x sedar diri. smpai skang ni..... 
doktor kate, ade pendarahan dlm otak. kepala dia pong dh kena tebuk. doktor dh bg ubat utk dia rest selama 2 minggu. pahtu baru tau kesan dia camne. dlm mase 2 minggu ni mmg doktor xnak dia sedar sbb xnak ade gegaran pd otak dia..
mase aku g lawat dia ari ahad lps, dia dh 10 hari dlm wad, atas katil yg same. still x bukak mata. tp bile aku sentuh tgn dia, dia genggam tgn aku. mak dia kate mmg nmpk ade tindak balas positif. cuma anggota kanan dia jek xble gerak. aku rase dia sedar tp dia xble bukak mata. 
mak dia kate lg, dia pnh kena yg bdn dia kebas sblh tu. tp x teruk camni. sblm kejadian dia koma ni ade gak dia sakit kepala, tp dia ingat migrain bese jek. rupe2 nye.....

mmg sangat sebak. tgk dia dgn wayar2 berselirat. dgn mesin bantuan pernafasan tu. aku nak bisik kat tinge dia pong aku x mampu. sedih giler....! bayangkan lah mak bapak dia yg ari2 dok ngadap dia kan. anak plak tu. lg aaa..... ;(


skang ni kami cuma mampu doakan dia ble bukak mata, sedar, bercakap, senyum ketawa bangun berdiri berjalan dan sihat seperti sediakala. InsyaALLAH....


untuk sahabatku rohaini, kuatkan semangat. ramai org di sekeliling yg mendoakan dirimu. semoga kau kembali sihat. amin.... (-__-)


daa.... (-.-)

Comments

Post a Comment

gO stRaight doN't beLok-beLok ;)

Popular posts from this blog

..: Backdated : Cerita Bulan Kelahiran :..

TAK PERLU KOT

..: hari lahir adalah hari untuk makan. huhuu :..